Isnin, 14 November 2011

Mak & Ayah

Bila mak kata dia teringat,
kita jawab kita sibuk sangat..
Bila ayah kata dia rindu,
kita jawab nantilah hujung minggu..
Bila mak minta kita pulang,
kita kata kita belum lapang..
Bila ayah minta kita singgah,
kita kata kerja kita belum sudah..
Bila hati kita terguris,
kita kata " Mak memang tak pernah faham"
Bila hati kita terhiris,
kita kata " Ayah memang tak ambil kisah"
TETAPI
Bila hati mak kita terguris,
mak kata "tak apa dia masih muda"
Bila hati ayah kita terhiris,
ayah kata "Tak mengapa dia belum sampai akalnya"
Bila kita menangis tanda lapar,
mak berlari hingga bagai hilang kaki..
Bila kita merintih tanda derita,
ayah bersengkang mata bagai tiada lena..
Bila kita sedih kerana gagal,
mak setia membakalkan cekal..
Bila kita pilu kerana kecewa,
ayah teguh berkata dia tetep bangga..

hormati & sayangi lah kedua ibubapa kita selagi mereka masih ada..
tanpa mereka kita takkan ade di dunia ni..
doakan la untuk mereka..


Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah & yang boleh berbakti kepada kedua ibu bapa ku..
Nurul sayang sangat kat mak & abah..terima kasih banyak kerana mak n abah telah membesarkan nurul hingga ke hari ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan