Rabu, 1 Ogos 2012

BAHANA SUP

ASSALAMUALAIKUM

hai reader sume..aku ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH BERKAT DAN MULIA INI".. harap2 belum terlambat lagi aku wish benda ni..
aku sangat-sangat bersyukur dapat bertemu Ramadhan kali ini.. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.. bulan yang penuh keampunan.. pintu-pintu Syurga di buka seluas-luasnya dan pintu Neraka ditutup.. aku harap dapat beramal dengan sungguh-sungguh lagi..



Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah aku telah sembuh dari penyakit cirit-cirit,muntah-muntah,demam,sakit perot akibat keracunan makanan..aa
5 hari duduk kat hospital tu..1st time aku sakit duduk kat hospital lama-lama..

ceritanya bermula disini..

pada 1 hari.....ceh2..mcm apa je..hehehe...ok2 kita sambung.. pada petang rabu hari tu aku pegi la bazaar Ramadhan kat dengan kolej tu..aku rasa teringin nak makan bihun sup..aku pun pegi la beli bihun sup tu kat gerai hujung sekali... tergerak hati nak beli kat situ.. padahal kat gerai lain pun ada..aku pun melantak bihun sup tu..

maka tak semene mene pagi esoknya aku sakit perut n cirit-birit..mula2 sakit perut dan cirit-birit je...pastu aku teros demam...demam aku panas sangat..dah la sume orang takde masa tu... sorang-sorang jer kat bilik tu.. aku kalo sakit suke sangat menangis... asyik menangis je la aku masa demam tu.. nak makan ubatnya takde.. pastu putri dak sebilik dengan aku balik dari kelas... aku minta ubat kat dia.. aku makan ubat dan terus tido...

pastu tiema balik dari kelas tengok aku berselubung 1 bdn... dia la yang tolong aku letak kain kat atas kepala dan basahkan badan aku.. wow...memang terharu dibuatnya.. aku ni demam memang manja.. petang tu ada pengumuman ''sape yang sakit perot,muntah-muntah,cirit-birit,demam sila turun di surau siswa". aku betol2 tak larat nak turun kat bawah tu..tapi aku gagahkan diri nak bangun jugak turun kat bawah tu... 
rupa-rupanya bukan aku sorang jer yang sakit perot tapi ramai lagi yang sakit..

kitorang yang sakit ni pergi klinik.. tengok kat klinik mak ai ramainya orang.. ada 2 orang nurse ni sangat2 menyakitkan hati aku.. ada ke patut dia cakap "haaa..tu la beli lagi makan kat situ" ckp banyak kali lak tu.. pastu aku geram sangat aku ckp "dah kat situ jer yang ada nak beli kat mana lagi". sorang nurse lagi menyampuk" ko ape hal dik tak puas hati?". kalo ikutkan hati ni mmg nak balas ape nak dia ckp tu tapi badan dan kepala aku dah tak larat aku diam je.. benci betol la dengan orang macam ni..kita dah sakit sangat takkan nak senyum plak.. esok2 kalo dia sakit macam ni baru dia tahu apa yang aku rase.. mulut langsi betol.. doktor check aku suhu badan dah mencecah 40  darjah celsius.. n then terus pegi hospital PD..

huhuhu..1st time badan aku kena masok air.. nak masok air tu sakit owhhhh... sebelum ni aku tak pernah pun kena masuk air.. aku call abah bagitahu yang aku masok wad.. mak cakap abah menangis bila dia tahu aku masok wad... terharunyeeeeeeee aku... mase tu aku tak ingat nombor sape2 pun kecuali nombor abah..macam blur la... kecian kat tiema cari-cari aku.. aku nak bagitahu dia tpi aku tak bawak fon aku tak ingat no fon dy...

setiap jam mesti nak ke tandas jer..  pada pagi hari jumaat aku demam teruk.. suhu bdn aku 40 darjah celsius... time tu plak la reporter datang.. aku macam sedar tak sedar je reporter amek gambar aku yang tak bermaya tu..aku tak larat nk bangun n amek tudung ttup rambut aku... kuar la berita kat tv3 pasal budak uniti keracunan makanan.. surat khabar kosmo dan sinar harian pun ade jugak.. ni dia http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pelajar-penduduk-tempatan-tg-agas-keracunan-makanan-1.70482

seramai 38 orang tau yang mngalami keracunan makanan..ramai btol.. nak tahu tak tiap pagi nurse akan amek darah aku.. sakitnya kena cucuk jarum.. lagi menyakitkn bile nurse tu tersalah cucuk n tak jumpe urat..aduhhhh!! tak keluar-keluar pun darah tu... sakit hnya Allah je yg tahu.. hingga lebam2 la dibuatnya...hishhh ape la nurse ni...tapi nurse kat ni sumenya baik2.... mknannya xsdap langsung..

itu la dia bahana sup... takpe ni adalah dugaan dari Allah utk bulan puase kpd aku.. Alhamdulillah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan