Khamis, 30 Ogos 2012

RAYA ohh RAYA!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..

hai readers semua.. lamanya aku tak update blog ni... nampaknya dah macam blog terbiar jer.. banyak habuk2 dan lipas.. nyah kau dari sini... jap2 aku nak mop blog.. kasi bersih.. hahaha.. aku dah mula merepek2 dah ni.. Nurul Affiqah,please stop merepek ok..

hari ni dah hari Raya Aidilfitri yang ke-12.. wow cepat je masa berlalu kan... tahun ni korang raya kat ner?
tahun ni aku rayer kat kampung...(nada bangga)..hahahaha.. tahun ni aku raya kat kampung lama sikit la..tak macam tahun2 lepas..tahun2 lepas kitorang balik pagi raya.. pastu petang raya pertama balik sepang balik.. macam penat je kan.. solat raya pun tah ke mane.. Alhamdulillah tahun segala2nya sempat.. kitorang balik kampung tahun ni 2 hari sebelum raye..sampai raya ke-2.. kire lame la jugak tu..

baju raya korang tahun ni warna ape? kitorang tahun ni takde baju raya pun.. pakai baju tahun lepas jer..  :-( 
tapi aku tak kisah sangat pun.. janji keluarga aku semuanya ade.. semuanya berkumpul same2.. itu lebih bermakna.. macam kawan aku punya kawan kan mak dgn ayah dia dua2 dah meninggal.. sedihnya..huhuhu.. aku bersyukur sangat2 di pagi raya yang mulia ini kami dpt berkumpul same2..

korang dapat banyak duit raya tak? aku tahun ni dapat duit raya RM80 jer.. terima kasih kepada Abg Long (sepupu aku) kerana bg aku duit raya 50 ringgit.. jasamu ku kenang smpai bile2..hahaha.. ayat tak boleh blah.. tapi duit raya aku dah abis la.. kitorang pi shopping kat seremban dan nilai..hohoho..

aku nak cakap something kat korang ni.. ucapan dari Prof.DR Dato' Nurul Affiqah binti Ahmad Yamin a.k.a Chocolate Love :
"Assalamualaikum yang saya hormati buat sesiapa yangg mengenali diri sy iaitu NURUL AFFIQAH.. disini sy mohon ampun dan kemaafan atas segala yg sy pernah buat kepada anda semua baik yang nampak or xnampak, depan or belakang..dan mintak maaf juga kesilapan, kesalahan, kelanjuran kata, perbuatan dan tingkah laku yang buruk dan menyentuh hati anda semua.. dan sy doakan hari ini adalah yg bahagia b'same keluarga dan saudara mara.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..masih belum terlambat lagi sy wish raye..hehe (^_^)" 

itu la dia ucapan daripada Prof.DR Dato' Nurul Affiqah binti Ahmad Yamin...hahaha..aku nak berangan jap jadi camtu..hehehe.. mintak2 la aku jadi macam tu suatu hari nanti.. AMINN..

bell, abah dan ....

eh..abah pandang kat tmpat lain plak...

bergembira dinpagi raye..

keluarga bahgia..

ila,abah dan bell..bersama abah tercinta..

gambar ni mase kitotang nk g shopping kat seremban n nilai.. (^_^)

Rabu, 1 Ogos 2012

MOOD JIWANG

ASSALAMUALAIKUM...

selamat petang sume... dah pikir ke juadah ape nak berbuka nanti? kitorang makan nasi goreng dan tomyam.. sedap kan..hehehehe

aku just nak cakap lagu suka giler lagu ezad lazim ni... kalo dengar lagu dia automatik aku rase jiwang je.. layannnnn perasaan jap.... hehehhe... nie lagu dia

* MENGHARAP BINTANG *


Remuk remuk jantungku
Sakit sakit hatiku
Saat kau tinggalkan diriku
Sunyi hidup tanpamu

Sungguh perih hidupku
Sungguh sepi malamku
Betapa sedihnya jiwaku
Menantikan dirimu

Kurindukan dirimu
Rapuh hidup tanpamu
Kembalilah peluk hatiku
Temanilah mimpiku

Patah sayap cintaku
Jauh dari kasihmu
Lagu ini hanya untukmu
Kembalilah cintaku

Tuhan tolonglah diriku
Kembalikanlah cintaku
Aku kan setia menunggu
Hingga hujung nafasku

Tuhan tolonglah diriku
Kabarkan aku menunggu
Sampai kapan pun kutunggu
Kerna dia hidupku

Tuhan tolonglah diriku
Kembalikanlah cintaku
Aku kan setia menunggu
Hingga hujung nafasku

Tuhan tolonglah diriku
Kabarkan aku menunggu
Sampai kapan pun kutunggu
Kerna dia hidupku

* PERCINTAAN INI *


Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku

Di kala itu engkaulah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan
Semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan
Semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata



Dua2 lagu ni tersangat la best... 1st time dengar lagu ni teros terpikat tau... semoge beliau terus kekal membawa lagu macam ni... (^_^)
kalo diberi 5 star aku bagi 5 star la...

~ SELAMAT BERBUKA PUASA ~


BAHANA SUP

ASSALAMUALAIKUM

hai reader sume..aku ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH BERKAT DAN MULIA INI".. harap2 belum terlambat lagi aku wish benda ni..
aku sangat-sangat bersyukur dapat bertemu Ramadhan kali ini.. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.. bulan yang penuh keampunan.. pintu-pintu Syurga di buka seluas-luasnya dan pintu Neraka ditutup.. aku harap dapat beramal dengan sungguh-sungguh lagi..



Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah aku telah sembuh dari penyakit cirit-cirit,muntah-muntah,demam,sakit perot akibat keracunan makanan..aa
5 hari duduk kat hospital tu..1st time aku sakit duduk kat hospital lama-lama..

ceritanya bermula disini..

pada 1 hari.....ceh2..mcm apa je..hehehe...ok2 kita sambung.. pada petang rabu hari tu aku pegi la bazaar Ramadhan kat dengan kolej tu..aku rasa teringin nak makan bihun sup..aku pun pegi la beli bihun sup tu kat gerai hujung sekali... tergerak hati nak beli kat situ.. padahal kat gerai lain pun ada..aku pun melantak bihun sup tu..

maka tak semene mene pagi esoknya aku sakit perut n cirit-birit..mula2 sakit perut dan cirit-birit je...pastu aku teros demam...demam aku panas sangat..dah la sume orang takde masa tu... sorang-sorang jer kat bilik tu.. aku kalo sakit suke sangat menangis... asyik menangis je la aku masa demam tu.. nak makan ubatnya takde.. pastu putri dak sebilik dengan aku balik dari kelas... aku minta ubat kat dia.. aku makan ubat dan terus tido...

pastu tiema balik dari kelas tengok aku berselubung 1 bdn... dia la yang tolong aku letak kain kat atas kepala dan basahkan badan aku.. wow...memang terharu dibuatnya.. aku ni demam memang manja.. petang tu ada pengumuman ''sape yang sakit perot,muntah-muntah,cirit-birit,demam sila turun di surau siswa". aku betol2 tak larat nak turun kat bawah tu..tapi aku gagahkan diri nak bangun jugak turun kat bawah tu... 
rupa-rupanya bukan aku sorang jer yang sakit perot tapi ramai lagi yang sakit..

kitorang yang sakit ni pergi klinik.. tengok kat klinik mak ai ramainya orang.. ada 2 orang nurse ni sangat2 menyakitkan hati aku.. ada ke patut dia cakap "haaa..tu la beli lagi makan kat situ" ckp banyak kali lak tu.. pastu aku geram sangat aku ckp "dah kat situ jer yang ada nak beli kat mana lagi". sorang nurse lagi menyampuk" ko ape hal dik tak puas hati?". kalo ikutkan hati ni mmg nak balas ape nak dia ckp tu tapi badan dan kepala aku dah tak larat aku diam je.. benci betol la dengan orang macam ni..kita dah sakit sangat takkan nak senyum plak.. esok2 kalo dia sakit macam ni baru dia tahu apa yang aku rase.. mulut langsi betol.. doktor check aku suhu badan dah mencecah 40  darjah celsius.. n then terus pegi hospital PD..

huhuhu..1st time badan aku kena masok air.. nak masok air tu sakit owhhhh... sebelum ni aku tak pernah pun kena masuk air.. aku call abah bagitahu yang aku masok wad.. mak cakap abah menangis bila dia tahu aku masok wad... terharunyeeeeeeee aku... mase tu aku tak ingat nombor sape2 pun kecuali nombor abah..macam blur la... kecian kat tiema cari-cari aku.. aku nak bagitahu dia tpi aku tak bawak fon aku tak ingat no fon dy...

setiap jam mesti nak ke tandas jer..  pada pagi hari jumaat aku demam teruk.. suhu bdn aku 40 darjah celsius... time tu plak la reporter datang.. aku macam sedar tak sedar je reporter amek gambar aku yang tak bermaya tu..aku tak larat nk bangun n amek tudung ttup rambut aku... kuar la berita kat tv3 pasal budak uniti keracunan makanan.. surat khabar kosmo dan sinar harian pun ade jugak.. ni dia http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pelajar-penduduk-tempatan-tg-agas-keracunan-makanan-1.70482

seramai 38 orang tau yang mngalami keracunan makanan..ramai btol.. nak tahu tak tiap pagi nurse akan amek darah aku.. sakitnya kena cucuk jarum.. lagi menyakitkn bile nurse tu tersalah cucuk n tak jumpe urat..aduhhhh!! tak keluar-keluar pun darah tu... sakit hnya Allah je yg tahu.. hingga lebam2 la dibuatnya...hishhh ape la nurse ni...tapi nurse kat ni sumenya baik2.... mknannya xsdap langsung..

itu la dia bahana sup... takpe ni adalah dugaan dari Allah utk bulan puase kpd aku.. Alhamdulillah...